Seperti yang anda telah baca dalam paparan blog yang lalu, telah saya menceritakan tentang seseorang yang mempunyai perasaan terhadap saya. Namun, apa yang dirasakan oleh kami berdua adalah berbeza sama sekali. Selaku seorang yang lebih rela berterus-terang, saya telah mengumpulkan segala keberanian yang mampu dikumpulkan dan menerangkan kepada seseorang itu bahawa kami hanya dapat menjadi kawan. Selebih-lebihnya pun setakat kawan baik atau bagaikan abang dan adik. Tetapi setelah beberapa minggu serta selepas WLC'08, saya berasa yang seseorang itu masih tidak memahami maksud saya. Pada mulanya memang ada rasa kesal kerana mengajak seseorang itu menyertai WLC tetapi saya telah mengabaikan kekesalan itu.
Kadang kala saya tertanya sama ada seseorang itu memahami maksud saya. Atau dia sengaja tidak mahu memahami apa yang telah saya jelaskan. Ataupun seseorang itu masih menyimpan harapan yang keajaiban akan berlaku? Adakah begitu susah untuk menerima kenyataan yang hubungan ini tidak akan berkembang menjadi satu cerita dongeng seperti yang sering kita lihat di kaca tv. Kadang kala kenyataan adalah susah diterima, tetapi kita mesti menerimanya dengan hati terbuka.
Mungkin anda akan tertanya-tanya mengapa saya tidak memberi peluang kepada seseorang itu dan cuba menerimanya. Wahai para pembaca, saya telah mengemukakan penjelasan saya dalam paparan blog bertarikh 16 March 2008. Selain itu, WLC'08 telah meyakinkan saya yang kami memang tidak akan mempunyai kesudahan yang baik jika kami bersama. Bukan sahaja penhujungnya, tetapi... saya lebih jelas dengan apa yang saya mahukan dan tidak terfikir dalam otak kompleks ini yang saya akan bersamanya. Terdapat jurang berbezaan yang teramat luas diantara kami yang tidak dapat saya jelaskan.
Satu tindakannya telah membuka mata saya tentang keadaan dilemma ini. Setelah kami pulang dari WLC saya ditanya satu soalan yang memberitahu saya yang dilemma ini masih belum diselesaikan. Seseorang itu telah bertanya sama ada dia telah melakukan apa-apa kesilapan. Soalan itu memang mengejutkan saya. Dia berasa yang saya telah mengabaikannya. Terkejut? Memang terkejut. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini. Well...saya masih memikirkan jalan keluar.
Sejak kebelakangan ini, saya memang dengan tidak sengaja tidak mengendahkannya. Tapi tidak tahu sama ada seseorang itu perasan atau tidak. Saya juga tidak perasan pada mulanya sehingga kawan saya mengemukakan kemungkinan itu. Sehingga kini saya hanya terfikir dua jalan penyelesaian. Tetapi sesuatu mesti dikorbankan untuk menyelesaikan dilemma ini. Saya tidak akan menyatakan jalan penyelesaian disini. Biarlah anda fikir sendiri apa yang patut dilakukan. Mungkin anda boleh memberi sedikit nasihat dan pendapat yang anda fikir boleh membantu dalam situasi ini.
Sekian terima kasih
2 comments:
u ni memang pelawak nombor satu. Bila marah- guna english, bila nak express diri-guna bahasa melayu. kau ni memang hebat!
my fav line: Wahai para pembaca, saya telah mengemukakan penjelasan saya dalam paparan blog bertarikh 16 March 2008.
hang nak ikut si pemberita karam singh wahlia dari tv3 tu ke?! hhahahaha
btw: NO AIR NO AIR.
Ish...hang ni tulih bulat2 macam klas B.m.
Habak kat pukimak tu kat muka dia teruih!
Which part of the sentence you dun understand eh?I've been trying to tell you...we're impossible...there's a huge difference between us...
Imagine you are comparing a gold nugget with a pile of cow dungs on the hot tar road(There's lots of them here in kampar).Ain't compatible rite?
If he mention sumthing like...blum cuba blum tau....tell him this shit doesn't apply to you.Period!
p/s:dun have to tell who's the gold and who's the poop!
Post a Comment